Friday 23 August 2013

SaLam AidilFitri.....

amalan di bulan syawal..

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun..”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.
Namun puasa enam hari bulan Syawal ini bukanlah menjadi kewajiban bagi setiap muslim, ianya merupakan antara amalan sunat yang dianjurkan islam untuk melakukannya khusus pada bulan syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa enam ini yang dijanjikan Allah. Selain daripada berpuasa enam hari di bulan Syawal, kita juga turut galakkan bersedekah.....^_^v
Renung-renungkan dan selamat beramal !!........



x

2 comments:

  1. subhanallah... begitu sekali ganjaran yg ALLAH SWT berikan... hnya puasa 6 hari tp ganjaran nya mcm puasa setahun... bila baca ni wat sy lagi semangat nk puasa 6 pada tahun akn2 dtg..terima kasih ea sahabat ats perkongsian nie....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... ana sngat trtarik dngan post anti ini...tp ana nak tnya satu soalan klau kta lakukan posa sunat 6 dulu kmudian diikuti dgn posa ganti blh x??? ada pndpat yg mnyatakan buat yg wajib dulukn?? tp ada yg kta buat posa sunat lu cz kta hnya ada 1 blan 2 sahaja dlm setahun...mohon pnjelasan.. :)

    ReplyDelete