Thursday 26 September 2013

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi….


Salam…

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

" Hamba-MU datang menyahut panggilan-MU, Ya ALLAH hambu-MU datang menyahut panggilan-MU,hamba-MU datang menyahut panggilan-MU, TUhan yang tidak ada sekutu bagi-MU,hamba-MU datang menyahut panggilan-MU, sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-MU tidak ada sekutu bagi-MU"

Panggilan Haji
Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah.
Malam subuh dan senja..pergi ke Baitullah
Sembahyang berjamaah, tawaf, saei dan umrah..
Terdengar suara.. panggilan bergema..

Tiba masanya kini..Wukuf Haji Arafah,
Terdengar sayup sampai..tasbih, tahmid dan takbir..
Tiba masanya kini..Wukuf Haji Arafah,
Terdengar sayup sampai..tasbih, tahmid dan takbir..


Putih, bersih, berseri..bakti pada Ilahi,
Terbayang lah di sini..tempat berhimpun nanti..
Tempat berhimpun nanti..

Dari Padang Arafah lalu ke Muzdaliffah,
Bermalam di Mina melontar tiga Jumrah,
Syarat rukun haji sempurnalah sudah,
Semogalah ibadah haji mabrurrah...

Masjid di Nabawi terletak Makam Rasul,
Taman Raudhah tempat himpun doa,
PadaMu, wahai Junjungan..
Selawat dan salam pohon syafa'at..

Ya Syafa'atullah...

Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah...

Dulu-dulu...bila start jek lagu Nasyid..yang intronye camgini..panggilan hajiiiii...telah tiba lagi..menunaikan ibadah..panggilan Baitullah...tanah suci Makkah, Ya Makkah Al Mukarramah...maka kite tahulah..perjalanan haji di Malaysia akan bermula bagi jemaah-jemaah di Malaysia. Alhamdulillah jam 2.30pm 19/9 kami bertolak dari kediaman kami ke Kompleks Tabung Haji Klana Jaya untuk menghantar mak ngan abah ke tanah suci mengerjakan haji tahun ni..penerbangan mereka melalui KT 36 bangunan tingkat 03 bilik 07..penerbangan mereka dijadualkan 1.30am di KLIA..

Semoge Allah permudahkan segala urusan mak ngan abah sepanjang berada di Tanah Suci nanti. InshaaAllah anak-anak yang ditinggalkan disini akan dilindungi Allah..amiinn ^_^v

Semoga mak ngan abah selamat dalam perjalanan ke Tanah Suci, dipermudahkna Allah dalan semua urusan ibadat, diberikan kesihatan yang baik. Dapat haji yang mabrur, dan pulang ke tanh air dengan selamat….Aaaaaminnnn….
p/s : Kalau panjang umur nanti giliran kite pulak ke Tanah Suci…InshaaAllah..(^_^)


Saturday 24 August 2013

koleksi tazkirah Ustaz Kazim Elias (Syawal..) ^_^v

Kesalahan d Hari Raya - Ustaz Kazim (TH Filem





Renung-renungkan dan selamat beramal...........^_^v




Serangkap kata, Buat pedoman, jadi panduan...

Hidup ini umpama tayar....Bila balancing lari stereng gegar...Bila alignment lari kereta pun tersasar..MAka alignmentkanlah ImAn dan balancekanlah AmaLan....



Renung-renungkan dan Selamat Beramal....^_^v

Friday 23 August 2013

SaLam AidilFitri.....

amalan di bulan syawal..

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun..”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.
Namun puasa enam hari bulan Syawal ini bukanlah menjadi kewajiban bagi setiap muslim, ianya merupakan antara amalan sunat yang dianjurkan islam untuk melakukannya khusus pada bulan syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa enam ini yang dijanjikan Allah. Selain daripada berpuasa enam hari di bulan Syawal, kita juga turut galakkan bersedekah.....^_^v
Renung-renungkan dan selamat beramal !!........



x

Thursday 1 August 2013

Ayuh Memaksimumkan 10 malam terakhir Ramadhan..

  Sayu hati tatkala mengenangkan masa yang berlalu dengan begitu pantas. Jam dinding tetap berputar pada bulatan paksinya, masa pun berlalu dan akan terus berlalu...Bagaimana dengan kita? sedar atau tidak? rugi atau tidak? tepuk dada sendiri, tanya iman sendiri dan sudah pasti sendiri punya jawapan yang tersendiri...



Bak kata pepatah arab : " Masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu "..Oleh itu, di sepuluh ramadhan yang terakhir bagi tahun ini (inshaaAllah..) ayuh kita sama-sama memaksimumkan, melipat gandakan amalan-amalan kita. Moga-moga diterima-Nya...(Aminnn..)

Terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat pada malam-malam akhir ramadhan, menghidupkan lailatul Qadar antaranya:



1) Mandi (membersihkan diri), berpakaian indah, berharum haruman.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu.  Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan

2) Melaksanakan solat sunat, beriktikaf, dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud:

“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

3.  Bersolat Tarawikh dan Witir

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud:

“Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai. ” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadhan dan membaca al-Quran dengan tertib.

4.  Solat Berjemaah
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata:

“Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”
Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

5.  Beriktiqaf di Masjid

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasulullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:

”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

6. Memperbanyak Berdoa Kepada Allah SWT
Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat.  Doa juga kunci daripada semua ibadat.  Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadhan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah.

Pada malam itu, Allah SWT akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia.  Siapakah 4 golongan yang ditolak doanya?

Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Oleh itu, jelaslah sudah akan perkara-perkara yang perlu kita titik beratkan dalam mengejar pahala di hari-hari terakhir Ramadhan ini. Rugi buat kita andai memandang remeh akan hal ini kerana inilah satu peluang keemasan buat kita semua… Jom…mari tingkatkan amalan kita!…


Doanya  tersebut : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku” (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535). 


Renung-renungkan dan selamat beramal....^_^v 

Tuesday 30 July 2013

aSsalamualaikum......^_^v

Ahlan Wasahlan.....Selamat datang ke entri saya...
Jemput terbang singgah sambil menari-nari di awangan entri ini.............jom...^_^v